Saya juga nampak ibu sedang menolong dan menjual makanan, kakak sedang menolong dan menjual boutique. Saya juga pergi melawat dan tengok apa gaya yang sedang di jual oleh kakak dan ibu saya. Lepas itu, saya nampak kawan saya melukis spesimen di atas muka pelanggan, hanya 5 ringgit untuk sekali.
Selepas beberapa ketika, saya rasa sangat lapar, dan terus pergi beli makanan dan makan, dan beli minuman juga untuk minum. Apabila saya habis makanan dan minuman, saya pergi gerai yang menjual beg tangan, dan saya berasa sangat kepuasan apabila nampak beg-beg yang diletakkan di gerai itu, saya memilih beg yang sesuai untuk saya.
Selepas beberapa ketika, saya dapat pilih 2 beg yang saya suka dan sesuai untuk saya, saya berasa sangat gembira, sebab hanya RM50 sahaja untuk harga yang dua beg itu. Itu adalah sesuatu yang sangat layak untuk saya beli, walaupun harga murah, tetapi saya rasa barang-barang yang telah dibeli, juga boleh digunakan, tetapi tidak terlalu mahal, itulah cukup. Kesihatan yang baik telah cukup dan bertemu juga telah cukup.
No comments:
Post a Comment