Memandangkan hanya boleh dikarang dengan jumlah perkataan yang terbatas, maka selain daripada patrun 5/7/5, terdapat juga patrun 5/5/5, 5/6/5, 5/7/4, 5/8/5. Malahan terdapat juga haiku yang patrun yang tidak seragam khususnya apabila ditulis dalam bahasa asing (selain bahasa Jepun).
Konvensi Haiku Dalam Bahasa Asing (Selain Jepun)
Disiplin berikut telah disarankan kepada penyair-penyair luar, jika hendak menulis haiku dalam bahasa masing-masing, iaitu:
a. Penggunaan baris - tiga baris
b. Suku kata - tidak perlu betul-betul terhad kepada 17 sukukata (ertinya boleh saja kurang atau lebih sedikit)
c. Patrun - tidak perlu terpaksa menggunakan 5/7/5 (supaya bentuk moden atau gaya bebas boleh lahir)
d. Tanda musim (Kigoatau Kidai) - boleh atau boleh juga tidak.
(Hampir setengah dari semua haiku Jepun menyertakan kigo (perkataan bermusim) yang merujuk kepada keindahan alam, tumbuh-tumbuhan, cuaca dan alam sekitar)
Contoh Haiku dalam Bahasa Melayu:- 1. Wangi Cempaka
Bunga cempaka
Bertaburan di bumi
Masih wangi.
No comments:
Post a Comment